Watak utama Impian_Illyana

Illyana (Lydia Ibtisam)Watak utama yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara dan menetap di asrama berdekatan sejak musim kedua; pada musim pertama, dia tinggal bersama kedua-dua kakaknya, sewaktu tengah menunggu keputusan SPMnya. Dialah yang sering dijadikan titik tengah dilema-dilema yang dihadapinya, lalu dijadikan bahan tekaan bagi para penonton sebagai peraduan SMS.Julyana (Wardina Safiyyah)Kakak sulung Illyana yang berperanan seperti "ibu" dalam keluarga. Dia menggunakan bakat memasak dengan sebaiknya untuk membuka kafe untuk menyara kehidupan keluarganya. Adalah dipercayai bahawa bagi setiap masalah di dunia adanya resipi Julyana sebagai penawarnya.Fazlyana (Cheryl Samad (musim ke-3); Zehan Marissa (musim pertama))Kakak ngah Illyana yang baru berkahwin dan giat dalam dunia korporat. Dia amat gagah semangatnya dan sering cuba untuk meningkatkan nama dirinya dalam masyarakat sekelilingnya. Sungguhpun kurang sangat membantu dalam keluarga namun dia masih menghargai semangat kekeluargaan.Nik (Junad Mohd Nor)Rakan sebilik Illyana di asrama.Izham (Ashraf Muslim)Teman lelaki Illyana sekarang.

Bekas watak utama

Fasha (Juliana Ibrahim)Gadis tomboy yang dijadikan "sahabat paling karib" dan pakar penyelesaian segala masalah oleh Illyana.Rizal (Awal Ashaari)Jejaka yang genar berpacaran dengan mana-mana gadis remaja yang dilihatnya serta pernah digemari Illyana.Anita (Raja Farah)Gadis yang pernah merebut perhatian Rizal bersama Illyana.